Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, January 2, 2013

Rakyat Halalkan 149

Kajian persepsi dijalankan di Taman Melewar, menunjukkan bahawa rangkaian para syahid dunia Pas berbaju merah, sedang diasak dengan indoktrinasi demokrasi Syiah. Nampak, seperti mereka merancang untuk mengembali nostalgia Peristiwa Bukit Payung, Batu Pahat dan Memali.

Kajian sikap dijalankan di Bangsar, menunjukkan bahawa rangkaian aktor dan aktres Pkr di bawah pengaruh syabu Freemason sedang direndangi dengan indoktrinasi demokrasi Freemason. Nampaknya, ulang tayang peristiwa Masjid Negara dan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 akan dilakon semula. Juga barisan mubaligh mereka sedang bersatu di pusat-pusat hiburan "high-class" di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Rancangan untuk menghalalkan inter-faith commission (Suruhanjaya Antara Agama) dan Suruhanjaya Satu Agama oleh mereka.

Kajian gerak saraf di Jalan Francis Light, menunjukkan bahawa Komunis sedang melobi agenda-agenda mengelirukan umat. Agenda membolehkan umat bergaduh dan gerak kerja memastikan "kubur Perkara 3" menjadi Asas Manifesto DAP. Indoktrinasi demokrasi Komunis sedang ditaja dan dijaja secara seleweng terbuka, semacam tiada Badan Berkuasa, seperti negara tiada peruntukan penangkapan melalui Akta Polis, Akta Ordinan Darurat (yang nak dihapus), Akta Keselamatan Dalam Negeri (masih boleh pakai guna 149), sebagainya.

Apakah semua ini, balasan kepada tanahair yang rakyatnya terpaksa korbankan soal Cinta Negara demi kais pagi makan pagi, kais petang belum pasti!?

Apakah semua ini, balasan kepada tanahair yang barisan pemimpinnya sejak 1951 telah dipecah perintah dan dibusukkan dengan Agenda Freemason serta Syiah melalui kewujudan Pas!?

Apakah semua ini, balasan Allah kepada tanahair yang pemimpin-pemimpin hari ini, 90% hidup dalam onar dan kancah kufur nikmat serta menafikan keagungan bangsanya sendiri!?

Apakah semua ini, ingatan Allah kepada tanahair yang bangsa terasnya makin melupakan Jihad Tanahair, Jihad Ekonomi, Jihad Ilmu, Jihad Kifayah Tamadun, sanggup melacur nikmat Perkara 3, Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 160(2)!?

Sudah merdekakah rakyat Raja? Di mana waris-waris pejuang terdahulu? Apakah kalian sanggup menikus, hingga kelambu putih ini sedang dibakar dan membakar rakyat Raja hidup-hidup? Apakah kalian akan terus-terusan akur membisu, hingga "Bumi Di Pijak Milik Orang"! Apakah kalian golongan pejuang Fisabilillah dan kelompok Saifullah akan hanya melihat pembakaran ideologi dan penghapusan ahlul sunnah wal jamaah seperti peristiwa Bosnia Herzagovina, peristiwa Kaum Han di China, peristiwa Palestine dinafikan secara terang-terang sejak 1948, dan yang lebih malang peristiwa Istana Gelam di Singapura hingga waris dan keturunannya "melukut di tepi gantang" dan "tidak lagi dikenal ikan"!

2 comments:

  1. Mampukah kita bezakan antara:
    1. ayam laga yang ghairah melompat, menikam taji ketubuh lawan lalu ada yang terluka dan ada yang mati.
    2. tuan punya ayam laga yang duduk mencangkung tepi gelanggang, jerit sana jerit sini, gembira hingga ternganga bila ada tanda-tanda ayam laga belaannya akan menang. Dia sekali sekala menjeling bakul berisi wang yang menjadi taruhan.

    Itu dunia ayam laga.....

    ReplyDelete

  2. waghih Cicit Kamat, apo komen tontang pendedahan Deepak? Apo ontok ajo?

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan (daripada apa-apa hubungan dengan) Allah."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive